Tuesday 30 October 2012

Hasil Model Haiwan Imaginasi

Pelajar sedang memotong polistirena untuk melekatkan gabus. Gabus ini menjadi kepala haiwan tersebut.

Pelajar sedang mencucuk ranting pada bahagian atas penutup gabus. Ini untuk membentuk tanduk.
Kapas digam pada polistirena. Ini menjadi badan haiwan.
Seutas tali dilekat pada hujung dengan pita selofan untuk menjadi ekor haiwan.

Akhirnya, empat batang pensel yang tajam untuk menjadi kaki haiwan tersebut.
Inilah model haiwan imaginasi.


Monday 22 October 2012

Video

Mari tengok macamana landak melindugi diri daripada dimakan singa.
 

Saturday 20 October 2012

Aktiviti

Aktiviti: Model haiwan imaginasi


Tujuan: 
Membuat model haiwan yang mampu hidup dalam keadaan bahaya dan cuaca yang melampau.

Radas dan Bahan:
Polistirena berbentuk silinder, kapas bulu, pensel, penutup gabus, ranting, tali, kad manila, pita berpelekat dua sisi, pita selofan, gunting, dan jarum.

Prosedur:
1. Penutup gabus dilekat pada satu hujung polistrirena menggunakan jarum. Gabus ini  menjadi kepala haiwan tersebut.
2. Seutas tali dilekat pada hujung satu lagi menggunkan pita selofan untuk menjadi ekor haiwan ini.
3. Pita pelekat dua sisi dilekat pada permukaan polistrirena.
4. Kapas digam pada  polistrirena. pastikan lapisan kapas cukup tebal dan meliputi keseluruhan permukaan polistrirena. Ini menjadi badan haiwan.
5. Polistrirena dicucuk dengan empat batang pensel yang tajam untuk membentuk kaki haiwan ini.
6. Satu bulatan kecil dilukis pada kad manila. Satu garis dilukis merentasi bulatan untuk membahagikan bulatan itu kepada dua bahagian. Potong bulatan itu.
7. Kad manila itu dilekat pada penutup gabus untuk membuat telinga haiwan ini.
8. Akhir sekali, ranting dicucuk pada bahagian atas penutup gabus untuk membentuk tanduk.

Perbincangan:
1. Tanduk digunakan oleh haiwan ini untuk menyerang dan mencederakan musuhnya.
2. Kaki  yang kurus dan panjang membolehkan haiwan ini berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya.
3. Ekor digunakan untuk menjauhkan serangga yang ingin menggigitnya.
4. Badan haiwan ini dilitupi bulu tebal untuk memanaskannya.
5. Telinga yang kecil mengelakkan daripada kehilangan banyak haba.

Kesimpulan:
Model haiwan ini hidup kerana ia mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi dirimya daripada musuh dan cuaca yang terlalu sejuk.


Tuesday 9 October 2012

NOTA:Perlakuan Khas Yang Melindungi Haiwan Daripada Musuh


Perlakuan Khas Yang Melindungi Haiwan Daripada Musuh
1.     Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk perlindungan daripada bahaya.
2.     Perlakuan khas haiwan untuk perlindungan daripada bahaya adalah:
Mengeluarkan bau busuk
Sesetengah haiwan mengeluarkan bau busuk apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan musuh daripada mereka.
Contoh haiwan: Skunk, pepijat, lipas


Berpura-pura mati
Kumbang berpura-pura mati apabila diganggu atau diserang musuh. Ini mengerilukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.


Memancutkan dakwat hitam
Sotong mamancutkan dakwat hitam apabila diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.


Bersembuyi
Sesetengah haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembuyi apbila diburu oleh musuhnya. Contohnya, lubang adalah tempat persembuyian yang sesuai bagi arnab.
Contoh haiwan: Arnab, Tikus

Menggulungkan badan
Sesetengah haiwan menggulungkan badan untuk melindugi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh.
Contoh haiwan: Ulat gonggok, tenggiling


Memutuskan ekor
Cicak memutuskan ekor apabila diserang oleh musuh. Musuhnya akan keliru dan menangkap ekornya. Ini membolehkann mereka melarikan diri daripada musuh.

Mengubah warna kulit
Sesumpah mempunyai kebolehan mengubah warna kulit untuk menyerupai keadaan sekeliling. Ciri ini menjadikan sesumpah sukar dilihat oleh musuh.

Hidup secara berkumpulan
Sesetengah haiwan hidup dalam kumpulan. Ini membolehkan mereka melindungi sesame sendiri apabila diserang oleh musuh.
Contoh haiwan: Gajah, lembu  jantan, kerbau



NOTA: Ciri-ciri Khas yang Melindungi Haiwan daripada Bahaya


Sisik Keras
Badan sesetengah haiwan diliputi oleh sisik keras. Sisik ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh.
Contoh haiwan : Tenggiling




Kulit tebal dan keras
Sesetengah haiwan mempunyai kulit yang tebal dan keras. Apabila diserang musuh, mereka sukar dicederakan.
Contoh haiwan:  Gajah


Cangkerang
Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang yang keras.  Cangkerang ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh.
Contoh haiwan : Kura-kura




Duri tebal dan keras
Landak mempunyai duri tajam pada badannya. Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh.
Contoh haiwan: Landak



Kuku tajam
Sesetengah haiwan mempunyai kuku yang tajam. Haiwan ini menggunakan kuku untuk mencakar atau mencederakan musuhnya.
Contoh haiwan: Helang




Kaki yang kurus, panjang dan berotot
Kaki sesetengah haiwan adalah kurus, panjang dan berotot. Ciri-ciri ini membolehkan mereka berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya.
Contoh haiwan : Rusa, kuda





Sengat atau taring berbisa
Sesetengah haiwan mempunyai sengat atau taring yang mengeluarkan bias. Bisa ini boleh menyebabkan kesakitan dan kematian kepada musuhnya.
Contoh haiwan: Ular tedung, lebah, lipan




Mata Palsu
Kupu-kupu mempunyai dua tompok besar pada kepaknya yang kelihatan seperti mata. Tompok ini boleh menakutkan musuhnya.
Contoh haiwan: kupu-kupu

Tanduk tajam
Sesetengah haiwan jantan mempunyai tanduk yang tajam di kepala. Haiwan ini menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencedderakan musuhnya.
Contoh haiwan: Lembu, Badak sumbu, Rusa




PowerPoint Perlindungan Haiwan Daripada Bahaya

Selamat datang ke blogspot saya, untuk maklumat lanjutan, sila saksikan slideshare di bawah.

http://www.slideshare.net/tedkhimkon/perlindungan-haiwan-daripada-bahaya-14648302