Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau
1.
Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.
2.
Sesetengah habitat mempunyai cuaca
yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.
3.
Haiwan yang hidup dalam habitat ini
mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca
yang melampau.
Hidup Dalam Cuaca Terlalu Sejuk
Hidup Dalam Cuaca Yang Terlalu Panas
1.
Haiwan yang hidup dalam cuaca yang
terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan
tikus.
2.
Unta mempunyai bonggol di belakang
badanya bagi menyimpan makanan dan air.
3.
Unta juga boleh minum banyak air pada
satu masa.
4.
Unta juga mempunyai bulu untuk
melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.
5.
Musang gurun mempunyai telinga yang
panjang. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah.
6.
Kebanyakkan haiwan gurun menyorok di
tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung
daripada cuaca yang panas terik.
7.
Haiwan ini akan keluar mencari
makanan pada waktu malam.
8.
Ketika hari panas, badak sumbu
berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.