Mari tengok macamana landak melindugi diri daripada dimakan singa.
Monday, 22 October 2012
Saturday, 20 October 2012
Aktiviti
Aktiviti: Model haiwan imaginasi
Tujuan:
Membuat model haiwan yang mampu hidup dalam keadaan bahaya dan cuaca yang melampau.
Radas dan Bahan:
Polistirena berbentuk silinder, kapas bulu, pensel, penutup gabus, ranting, tali, kad manila, pita berpelekat dua sisi, pita selofan, gunting, dan jarum.
Prosedur:
1. Penutup gabus dilekat pada satu hujung polistrirena menggunakan jarum. Gabus ini menjadi kepala haiwan tersebut.
2. Seutas tali dilekat pada hujung satu lagi menggunkan pita selofan untuk menjadi ekor haiwan ini.
3. Pita pelekat dua sisi dilekat pada permukaan polistrirena.
4. Kapas digam pada polistrirena. pastikan lapisan kapas cukup tebal dan meliputi keseluruhan permukaan polistrirena. Ini menjadi badan haiwan.
5. Polistrirena dicucuk dengan empat batang pensel yang tajam untuk membentuk kaki haiwan ini.
6. Satu bulatan kecil dilukis pada kad manila. Satu garis dilukis merentasi bulatan untuk membahagikan bulatan itu kepada dua bahagian. Potong bulatan itu.
7. Kad manila itu dilekat pada penutup gabus untuk membuat telinga haiwan ini.
8. Akhir sekali, ranting dicucuk pada bahagian atas penutup gabus untuk membentuk tanduk.
Perbincangan:
1. Tanduk digunakan oleh haiwan ini untuk menyerang dan mencederakan musuhnya.
2. Kaki yang kurus dan panjang membolehkan haiwan ini berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya.
3. Ekor digunakan untuk menjauhkan serangga yang ingin menggigitnya.
4. Badan haiwan ini dilitupi bulu tebal untuk memanaskannya.
5. Telinga yang kecil mengelakkan daripada kehilangan banyak haba.
Kesimpulan:
Model haiwan ini hidup kerana ia mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi dirimya daripada musuh dan cuaca yang terlalu sejuk.
Tuesday, 9 October 2012
NOTA:Perlakuan Khas Yang Melindungi Haiwan Daripada Musuh
Perlakuan
Khas Yang Melindungi Haiwan Daripada Musuh
1.
Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk perlindungan
daripada bahaya.
2.
Perlakuan khas haiwan untuk
perlindungan daripada bahaya adalah:
Mengeluarkan bau
busuk
Sesetengah
haiwan mengeluarkan bau busuk
apabila diserang musuh. Bau busuk ini menjauhkan
musuh daripada mereka.
|
Berpura-pura mati
Kumbang
berpura-pura mati apabila diganggu
atau diserang musuh. Ini mengerilukan dan menyebabkan musuh meninggalkannya.
|
Memancutkan
dakwat hitam
Sotong
mamancutkan dakwat hitam apabila
diserang musuh. Dakwat hitam itu menggelapkan
air di sekeliling mereka. Ini membolehkan mereka menyelamatkan diri daripada musuh.
|
Bersembuyi
Sesetengah
haiwan mencari tempat yang selamat untuk bersembuyi
apbila diburu oleh musuhnya. Contohnya, lubang adalah tempat persembuyian
yang sesuai bagi arnab.
|
Menggulungkan badan
Sesetengah
haiwan menggulungkan badan untuk
melindugi diri daripada musuh. Badan yang bergulung sukar untuk dibuka atau dimakan oleh musuh.
|
Memutuskan ekor
|
Mengubah warna
kulit
|
Hidup secara
berkumpulan
Sesetengah
haiwan hidup dalam kumpulan. Ini
membolehkan mereka melindungi sesame sendiri apabila diserang oleh musuh.
|
NOTA: Ciri-ciri Khas yang Melindungi Haiwan daripada Bahaya
Sisik
Keras
Badan sesetengah haiwan diliputi oleh
sisik keras. Sisik ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang
musuh.
Contoh haiwan : Tenggiling
|
Kulit
tebal dan keras
Sesetengah haiwan mempunyai kulit yang
tebal dan keras. Apabila diserang musuh, mereka sukar dicederakan.
Contoh haiwan: Gajah
|
Cangkerang
Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang
yang keras. Cangkerang ini melindungi
haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh.
Contoh haiwan : Kura-kura
|
Duri
tebal dan keras
Landak mempunyai duri tajam pada badannya.
Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh.
Contoh haiwan: Landak
|
Kuku
tajam
Sesetengah haiwan mempunyai kuku yang
tajam. Haiwan ini menggunakan kuku untuk mencakar atau mencederakan musuhnya.
Contoh haiwan: Helang
|
Kaki
yang kurus, panjang dan berotot
Kaki sesetengah haiwan adalah kurus,
panjang dan berotot. Ciri-ciri ini membolehkan mereka berlari pantas apabila
diburu oleh musuhnya.
Contoh haiwan : Rusa, kuda
|
Sengat
atau taring berbisa
Sesetengah haiwan mempunyai sengat
atau taring yang mengeluarkan bias. Bisa ini boleh menyebabkan kesakitan dan
kematian kepada musuhnya.
Contoh haiwan: Ular tedung, lebah,
lipan
|
Mata
Palsu
Kupu-kupu mempunyai dua tompok besar
pada kepaknya yang kelihatan seperti mata. Tompok ini boleh menakutkan
musuhnya.
Contoh haiwan: kupu-kupu
|
Tanduk
tajam
Sesetengah haiwan jantan mempunyai
tanduk yang tajam di kepala. Haiwan ini menggunakan tanduk untuk menyerang
atau mencedderakan musuhnya.
Contoh haiwan: Lembu, Badak sumbu,
Rusa
|
PowerPoint Perlindungan Haiwan Daripada Bahaya
Selamat datang ke blogspot saya, untuk maklumat lanjutan, sila saksikan slideshare di bawah.
http://www.slideshare.net/tedkhimkon/perlindungan-haiwan-daripada-bahaya-14648302
Subscribe to:
Posts (Atom)
















