Saturday 20 October 2012

Aktiviti

Aktiviti: Model haiwan imaginasi


Tujuan: 
Membuat model haiwan yang mampu hidup dalam keadaan bahaya dan cuaca yang melampau.

Radas dan Bahan:
Polistirena berbentuk silinder, kapas bulu, pensel, penutup gabus, ranting, tali, kad manila, pita berpelekat dua sisi, pita selofan, gunting, dan jarum.

Prosedur:
1. Penutup gabus dilekat pada satu hujung polistrirena menggunakan jarum. Gabus ini  menjadi kepala haiwan tersebut.
2. Seutas tali dilekat pada hujung satu lagi menggunkan pita selofan untuk menjadi ekor haiwan ini.
3. Pita pelekat dua sisi dilekat pada permukaan polistrirena.
4. Kapas digam pada  polistrirena. pastikan lapisan kapas cukup tebal dan meliputi keseluruhan permukaan polistrirena. Ini menjadi badan haiwan.
5. Polistrirena dicucuk dengan empat batang pensel yang tajam untuk membentuk kaki haiwan ini.
6. Satu bulatan kecil dilukis pada kad manila. Satu garis dilukis merentasi bulatan untuk membahagikan bulatan itu kepada dua bahagian. Potong bulatan itu.
7. Kad manila itu dilekat pada penutup gabus untuk membuat telinga haiwan ini.
8. Akhir sekali, ranting dicucuk pada bahagian atas penutup gabus untuk membentuk tanduk.

Perbincangan:
1. Tanduk digunakan oleh haiwan ini untuk menyerang dan mencederakan musuhnya.
2. Kaki  yang kurus dan panjang membolehkan haiwan ini berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya.
3. Ekor digunakan untuk menjauhkan serangga yang ingin menggigitnya.
4. Badan haiwan ini dilitupi bulu tebal untuk memanaskannya.
5. Telinga yang kecil mengelakkan daripada kehilangan banyak haba.

Kesimpulan:
Model haiwan ini hidup kerana ia mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi dirimya daripada musuh dan cuaca yang terlalu sejuk.


No comments:

Post a Comment