Tuesday, 9 October 2012

NOTA: Ciri-ciri Khas yang Melindungi Haiwan daripada Bahaya


Sisik Keras
Badan sesetengah haiwan diliputi oleh sisik keras. Sisik ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh.
Contoh haiwan : Tenggiling




Kulit tebal dan keras
Sesetengah haiwan mempunyai kulit yang tebal dan keras. Apabila diserang musuh, mereka sukar dicederakan.
Contoh haiwan:  Gajah


Cangkerang
Sesetengah haiwan mempunyai cangkerang yang keras.  Cangkerang ini melindungi haiwan daripada dicederakan ketika diserang musuh.
Contoh haiwan : Kura-kura




Duri tebal dan keras
Landak mempunyai duri tajam pada badannya. Apabila diserang, landak menegakkan durinya untuk menakutkan musuh.
Contoh haiwan: Landak



Kuku tajam
Sesetengah haiwan mempunyai kuku yang tajam. Haiwan ini menggunakan kuku untuk mencakar atau mencederakan musuhnya.
Contoh haiwan: Helang




Kaki yang kurus, panjang dan berotot
Kaki sesetengah haiwan adalah kurus, panjang dan berotot. Ciri-ciri ini membolehkan mereka berlari pantas apabila diburu oleh musuhnya.
Contoh haiwan : Rusa, kuda





Sengat atau taring berbisa
Sesetengah haiwan mempunyai sengat atau taring yang mengeluarkan bias. Bisa ini boleh menyebabkan kesakitan dan kematian kepada musuhnya.
Contoh haiwan: Ular tedung, lebah, lipan




Mata Palsu
Kupu-kupu mempunyai dua tompok besar pada kepaknya yang kelihatan seperti mata. Tompok ini boleh menakutkan musuhnya.
Contoh haiwan: kupu-kupu

Tanduk tajam
Sesetengah haiwan jantan mempunyai tanduk yang tajam di kepala. Haiwan ini menggunakan tanduk untuk menyerang atau mencedderakan musuhnya.
Contoh haiwan: Lembu, Badak sumbu, Rusa




5 comments:

  1. Penerangan yang amat jelas dan menarik.

    ReplyDelete
  2. Nota yang jelas. Pasti dapat memanfaatkan para guru dan murid. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  3. Thx for the infos. Really helps

    ReplyDelete