Tuesday 13 November 2012

Nota: Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau


Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau

1.     Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.

2.     Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.

3.     Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Hidup Dalam Cuaca Terlalu Sejuk

Bulu yang tebal
Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.
 
 
 
 
 
Lapisan lemak yang tebal
Lapisan tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka. Ini dapat menghangatkan badan mereka.
 
 
 
 
Telinga yang kecil
Telinga yang kecil boleh menghalang kehilangan haba.
 
 
Berhijrah ke kawasan yang lebih panas
Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan akan berhijrah  ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.
 
 
 

 

Hidup Dalam Cuaca Yang Terlalu Panas

1.     Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan tikus.
 
2.     Unta mempunyai bonggol di belakang badanya bagi menyimpan makanan dan air.

3.     Unta juga boleh minum banyak air pada satu masa.

4.     Unta juga mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.

5.     Musang gurun mempunyai telinga yang panjang. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah.

6.     Kebanyakkan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik.

7.     Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.

8.     Ketika hari panas, badak sumbu berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.

 
 

Mari Teka-teki


Mari teka-teki


Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari pucuk paku,
Tahukah adik binatang apa,

Darahnya hitam tulangnya satu?( sotong)


 

 
 
 
 
 
 
 
 

Makan nasi berulam raja,
Ditambah dengan sambal sotong,

Kalau adik pandai meneka,

Apa binatang tidur tergantung?( Kelawar)



 







 
 

Pergi berjalan di waktu petang,

Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang,

Jika diusik badannya digulung?( Ulat gonggok)













Upin Ipin ketawa sahaja,  
Bila melihat cerita jenaka,

Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula. (Seladang)





 





Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,( Buaya)

 

 








Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.( Ikan Jerung)

 

 






Jatuh kolam baju basah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.( Nyamuk)







Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakit sekali.( Kerengga)