Tuesday, 13 November 2012

Nota: Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau


Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau

1.     Haiwan hidup dalam pelbagai habitat.

2.     Sesetengah habitat mempunyai cuaca yang melampau seperti terlalu panas atau terlalu sejuk.

3.     Haiwan yang hidup dalam habitat ini mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas yang melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.

Hidup Dalam Cuaca Terlalu Sejuk

Bulu yang tebal
Bulu yang tebal bertindak seperti selimut bagi menghangatkan badan mereka.
 
 
 
 
 
Lapisan lemak yang tebal
Lapisan tebal ini menghalang kehilangan haba daripada badan mereka. Ini dapat menghangatkan badan mereka.
 
 
 
 
Telinga yang kecil
Telinga yang kecil boleh menghalang kehilangan haba.
 
 
Berhijrah ke kawasan yang lebih panas
Sebelum ketibaan musim sejuk, sesetengah haiwan akan berhijrah  ke kawasan yang lebih panas. Tabiat ini dapat mengelakkan diri mereka daripada cuaca yang terlalu sejuk di kawasan asal mereka. Selain itu, kesukaran untuk mendapatkan makanan pada masa itu juga menyebabkan haiwan ini berhijrah. Dengan berhijrah, mereka tidak akan mati kelaparan atau kesejukan.
 
 
 

 

Hidup Dalam Cuaca Yang Terlalu Panas

1.     Haiwan yang hidup dalam cuaca yang terlalu panas adalah seperti unta, musang gurun, badak sumbu, biawak komodo dan tikus.
 
2.     Unta mempunyai bonggol di belakang badanya bagi menyimpan makanan dan air.

3.     Unta juga boleh minum banyak air pada satu masa.

4.     Unta juga mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada bahang matahari pada waktu siang.

5.     Musang gurun mempunyai telinga yang panjang. Ciri ini membolehkan haba terbebas daripada badan dengan mudah.

6.     Kebanyakkan haiwan gurun menyorok di tempat teduh atau di dalam lubang bawah tanah pada waktu siang untuk berlindung daripada cuaca yang panas terik.

7.     Haiwan ini akan keluar mencari makanan pada waktu malam.

8.     Ketika hari panas, badak sumbu berkubang dalam lumpur untuk menyejukkan badan.

 
 

19 comments:

  1. maklumat yang menarik.... :)

    ReplyDelete
  2. Huraian yang ringkas tetapi senang difahami oleh anak-anak murid kita! Syabas... Semoga anda dapat menambah banyak lagi maklumat-maklumat berkenaan!

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang jelas dan menarik, syabas!

    ReplyDelete
  4. nota yang jelas dan menarik,^^

    ReplyDelete
  5. maklumat yang lengkap~ terima kasih kerana sudi berkongsi~

    ReplyDelete
  6. info yang sangat berguna...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  7. Nota ini jelas dan mudah difahami. Saya tertarik dengan gambar-gambar haiwan yang cantik! Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini !

    ReplyDelete
  8. Gambar haiwan yang menarik. Teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  9. Syabas. Gambar yang menarik dan maklumat yang berguna untuk menambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  10. Saya berasa selesa melayari blog cikgu, syabas!

    ReplyDelete